Tuesday, January 23, 2018

Ayuh ke Yogyakarta! : Piranhas take Jogja

Dulu dah ada plan nak pergi jogja tapi tak ikut. Tak ingat dah beli tiket ke belum time tu tapi tak jadi ikut sebab ayah masuk hospital time tu. So ni nasib baik ada yang plan nak pergi jogja! Memang ON je lahh macam biasa hihi. Kali ni geng pergi jalan Syaza dan Faizah tak ikut. Yang join trip kali ni lain sikit. Kita mempersembahkannnnnnnnnnn jengjengjeng. SOPHIE MEMEY AFEY!



Susah tauuuuuu nak ajak diorang bercuti ni. Memey susah nak cuti, Afey sibuk dengan kedai. Sophie memang dah geng jalan huhu!Tapi last minute si sopiah jeney nii cakap dia tak dapat cuti?!?!?! WHAT! Mati mati dia cakap dia takleh cuti. Uishh nasib baik la lepastu dia cuti jugak. Ni nak tulis balik pasal percutian ke jogja ni kena refer balik gambar dan itinerary ni sebab yelah lupa lahhh trip ni bulan 5 haritu oi. Percutian farah semuanya best walaupun ada je benda jadi tapi tetap best! Apa benda yang jadi? Hah nak cerita la ni cemana kecuaian seorang insan yang bernama Farah. Sabar jap sesatu ikut itinerary.

Percutian kali ni mengambil masa selama 5 hari 4 malam ditaja oleh diri sendiri laaa. Bertolak dari KLIA 2 menaiki belon udara Air Asia pada jam 940 pagi dan tiba di Lapangan terbang Adisucipto Yogyakarta pada jam 1120 pagi waktu tempatan. Setibanya kami di Airport Jogja kami terus cari Jitho (previous driver time dekat surabaya) dan Jitho ni pun kami request dengan company tourguide. Tapi yang peliknya bukan Jitho yang muncul memegang nama Sophie tapi seorang gadis. Ktorg dah cam pelik ahh asal orang lain. Dipendekkan cerita, sebenarnya Jitho ni dah berhenti dengan company Trip Javanesia. Sampai sekarang pun masih taktau dan malas nak ambik tau dah pun sebenarnya kenapa Fajar (Owner Tripjavanesia) ni tak bagitau pun yang Jitho dah berhenti time kami request Jitho as supir tu. Tetiba orang lain yang muncul dekat airport mmg terperanjat la. Sampai airport tu pun try contact Fajar tak dapat sebab dia tengah panjat gunung. So takpelahhhh ktorg teruskan percutian dengan gembiranya bersama Supir dan Tourguide kami.

Tourguide ktorang nama dia Dewi, supir tak ingat nama ahhh sorry pak. First ktorg memang mintak dia bawak cari kedai untuk beli simkad dulu. Lepastu diorang bawak pergi Candi Prambanan. Tempat ni kira dekat la dengan airport so alang-alang singgah je terus. Okay nak cerita kenapa ktorg request Jitho. Jitho ni memang tourguide yang bagus, pergi memana pun memang dia akan masuk sekali dan tangkapkan gambar. Time dekat surabaya tu pun ktorg paksa dia naik sekali kawah ijen walaupun dia taknak. Tapi dia ikut jugak. Gambar gambar dia pun superb! Pandai la dia cari angle untuk setiap gambar. So dah sampai Candi prambanan ni ktorang mintak Dewi pun ikut sekali sebab yelah apa function tourguide kalau tak ikut sekali masuk cerita pasal tempat tu kan dan paling penting senanglah ktorang nak suruh amikkan gambar! Hihi.Taknak cerita apa sejarah tempat ni sebab Farah pun tak ingat tapi haritu ada tulis dekat caption gambar dekat instagram cari sendiri.




Aduh yelah cerita la sikit, Candi ni terbina disebabkan dulu ada seorang puteri yang tidak mahu mengahwini raja lalu dia menyuruh dan mencabar raja tersebut membina 1000 candi dalam masa satu malam. INSANE! Tapi mestilah raja tak berjaya, dia sempat membina 999 candi sahaja. So puteri tu tolak pinangan raja tersebut lalu raja naik angin dan berang dengan tindakan puteri menolak lamarannya. Raja tu terus menyumpah puteri tu menjadi candi yang ke 1000 😂 Ini apa yang Dewi cerita la. Tapi dah banyak yang runtuh sebab tahun 2010 tak silap gunung merapi meletus dan gegaran tu membuatkan candi tu banyak yang runtuh. Sekian cerita Candi Prambanan.

Perjalanan diteruskan ke Dieng Plateu. Perjalanan mengambil masa yang panjang dalam 5 jam kot.  Dekat Dieng ni sejuk weh. Lagi memalam gigil gak lah. Kami stay dekat homestay Arjuna. Malam tu tak de buat apa sangat. Order makanan dekat kedai depan homestay tapi ktorg taknak makan dekat situ so diorang offer delivery sampai ke bilik hihi. Tapi dah siap makan hantar balik pinggan 😂



Hari Kedua percutian diteruskan dengan pergi menikmati sunrise dekat Bukit Sikunir. Subhanallah cantik! Serius cantik tak tipuuuuu. Berbaloi la bangun awal untuk pergi tengok sunrise. Lepastu pergi Batu Pandang Ratapan Angin. Dekat sini pun pemandangan cantik 😍 Dapat lah bergambar dengan burung hantu jugak. Baik je diaa. Tapi dalam hati kesian sebab dia jadi haiwan peliharaan dan tak bebas untuk hidup huhu. Ada jugak dewi cerita pasal tempat ni tapi ntah tak ingat pasal puteri dengan raden mende ntahhhh. Lepastu perjalanan diteruskan menuju ke Kawah Sikidang. Kawah Sikidang ni kawah aktif yang paling besar dekat Dataran tinggi Dieng. Dari jauh bau belerang dia kuat gila. Kalau nak selesa datang sini pakai mask. Last sekali ktorg pergi melawat Candi Arjuna beta mimpikan yang indah sahaja. Laluan nak ke Candi Arjuna ni cantikkk. Ntahla for me cantik suka macam masuk dalam sebuah taman rahsia HAHA.














Okay dah puas tengok gambar gambar hari kedua? Okay jum hari ketiga percutian piranhas ke jogja pulak! Hari ketiga kitorang pergi tengok gunung merapi. Tengok dari jauh je laaa tak kuasa I nak p daki uolss. Gunung merapi ni pernah meletus tahun 2010. So tour guide dkt situ bawaklah pergi tengok kesan kesan daripada letusan. Peninggalan rumah dan harta benda yang rosak akibat letusan gunung merapi ni.



Nak pergi melawat tempat dekat gunung merapi ni kena naik jeep. Kereta biasa memang tak boleh masuk sebab jalan memang teruk dan Farah rasa memang diorang takkan betulkan kot jalan sebab mestilah diorang nak kita guna khidmat diorang untuk bawak jenjalan dekat situ sebab tu je mata pencarian diorang. Kitorang dapat tour guide yang best yang pandai amik gambar superb gila pelbagai angle dia ambik terduduk terbaring dia nak ambik gambar kitorg.








Perjalanan diteruskan ke Gua Pindul. Aktiviti kali ni melibatkan air sebab kita akan pergi cave tubing dekat gua pindul. Dekat sini sama macam gunung merapi tadi. Ada banyak tour guide lain lain company yang korang boleh pilih untuk guide korang. Time ktorg pergi ni memang waktu yang sangat sesak sebab ada cuti sekolah dekat sana. So banyak bebudak sekolah yang buat trip. Memang jem gila wehhh nak masuk gua. Engko terbaring je atas pelampung tu tunggu nak tengok ada apa dalam gua. Padahal kecik je gua dia kalau takde orang tu berapa minit je habis masa dkt sini. Sebab terlalu ramai orang so memang banyak habis masa dekat sini.




Weh tapi bukan tu je tauuu ktorg buat. Lepas dah habis tengok apa yang ada dalam gua tu, eh jap tak bgth pun lagi apa yang ada dalam gua tu kan. Haha. Dalam gua tu ada kelawar jee. huhuhuhuhu. Pastu ktorg bergerak ke satu sungai ni. Lupa dah la apa nama. Tapi sambung tubing dekat situ pulak. Weh Farah ni memang sejenis penakut kalau aktiviti melibatkan air ni. Ada ke tour guide tu lepaskan je dkt sungai tu biar kita hanyut. Weh takutttt!


Tu hah dekat hujung tu dia suruh je kita hanyutkan diri kita. Over kan takut padahal takde apa pun. HAHA tapi bagi seorang yang memang penakut akitiviti air ni, memang benda tu cuak okay tolong faham. Pergi snorkeling pun nangis ni nak hanyutkan diri sorang2 haha. Tapi farah buat je lahh haha mestilah dah sampai sini kot mende lah. Lepas dia suruh ktorang pergi sorang2 tu dia kutip ktorang balik haha. Sungai ni memang dalam weh takuttt.




Tu jelah aktiviti tubing kitoranggg. haha pastu dah sampai hujung ada kedai makan apa lagi mestilah singgah beli makanan. Lapar gilaaa. Lepas tukar baju apa semua kitorang bergerak menuju puncakkk! Okay tak kelakar, ktorg pergi timang beach pulak. Alaa tempat gondola tuu. Hah kat sini lah peristiwa yang tidak dapat dilupakan berlaku huhuhu. Apa dia? Hah jap nantikan.

Tarikan dekat Timang Beach ni sudah semestinya Gondola tu. Even running man pun pernah shoot dekat sini tauuuu. Tak cuak pun naik mungkin cuaca time tu pun elok ombak tak kuat so okay je naik selamat. Kalau macam dulu ada gondola saja untuk menyeberangi lautan. Sekarang dah ada jambatan gantung. Tu maybe nervous sikit la nak jalan atas tu haha. Tak try pun sbb dedua kena bayar. So bayar untuk Gondola je laa. Oh dekat sini la jumpa Ali! Weh lama gila tak jumpa tak contact tetiba jumpa dekat jogja haha. Tapi tak kesampaian nak ambik gambar dengan dia borak pun jap je memasing pun kejar masa kan. Tak, bukan perisitiwa jumpa Ali yang tak dapat dilupakan. 




  Lepas habis bergambar, apa lagi makan la oi! Dekat timang beach ni specialnya mestilah lobster weh! Gondola tu pun sebenarnya digunakan nelayan untuk tangkap lobster dekat seberang sana tu.


HAHA OKAY DAH NAK SAMPAI DAH CERITA peristiwa yang tak dapat dilupakan. Lepas makan kitorang mulakan perjalanan menuju ke Malioboro. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam setengah camtu. Dalam perjalanan tu tetiba dewi (tour guide) dapat call dari rakan sekerja dia tour guide yang lain la nama dia Fared. Pak Fared tanya dewi ada tak sesapa hilang dompet. Time tu Farah dah nervous dah terus check beg keluarkan semua benda tengok takde. Weh FAHAM TAK CUAK GILA DOMPET TAKDE TIME TU OI! Nasib baik time tu Pak Fared dengan tamunya still dekat tempat makan lobster tadi diorang yang jumpa. Pastu tamu dia tengok ic macam familiar sebab sebelum2 tu pun kitorang ada jumpa dekat tempat lain jugak. Malam tu dengan baik hatinya Pak Fared ni hantar dompet Farah dekat hotel. Sumpah cuak wehhh takleh lupa faham tak dompet hilang time bercuti yaAllah bersyukur sangat ada orang jumpa pastu baik hati hantar dekat hotel. Serius takleh lupa dan memang extra careful dengan barang2 yang ada. Terima Kasih Pak Fared!



Okay malam tu jugak kitorang pergi ke Hutan Pinus Pengger. Biasalah kalau malam ni mencabar sikit nak amik gambar so takde sangat gambar yang cantik. Dekat sini ada few spot untuk ambik gambar. Time dekat Pinus Pengger ni lah baru jumpa dengan Jitho. Pastu tak sangka tamu yang jitho bawak tu kenalan time dekat matrik! What a small world. Tapi sorryyyy sangat sangat sebab tak ingat nama. Muka memang cam dah tau budak akaun jugak cuma nama tak ingat hihi :D Lepas pergi pinus pengger tu balik hotel tunggu Pak Fared hantar dompet pastu kitorng berempat mengambil keputusan untuk jalan jalan pusing kota dan makan!





DAN perjalanan balik ke hotel tu kitorang saja try beli mee goreng tepi jalan. Allahu tak sangka dia punya sedappp zuppppp naik kepala haha. Sedap seriuss.


Percutian diteruskan lagi pada hari ke-4 eh hari ke-4 dah kan betul kan. Pagi tu kitorang pergi Green Village Gedangsari untuk buat aktiviti flying fox. Ni pun sedih jugak ni. Taktau lah asal boleh terlupa nak bawak gopro. Weh dalam banyak2 tempat yang kitorang pergi melawat dekat sini lah paling yang memerlukan gopro kannn. Boleh pulak hari ni jugak nak tertinggal dekat hotel. Lepastu kalau nak orang recordkan video kena bayar. Sebab farah orang first yang buat (kira macam testimoni) video memang tak cantik langsungggggggg. Serius takde mood dah la tak bawak gopro pastu video tak jadi. Cam takde gambar/footage menarikk. Tapi kawasan sekitar memang cantikkk. Ada la tempat menarik untuk ambik gambar lelawo.





Lepas kekecewaan video tak jadi time naik flying fox tadi, dewi bawak kitorang pergi Kalibiru pulak. Dekat sini lagi rasa macam ekelehhh semua benda nak kena bayar dooo. Weh serius every single thing kena bayar. Dari tiket masuk, setiap spot untuk bergambar (ada pelbagai spot macam spot bentuk love,empat segi sama, empat segi tepat macam macam bentuk la) different spot different bayaran. Pastu memang ada photographer dkt situ. Okaylah boleh terima lagi kalau bayar photographer tapi ni kena bayar setiap keping gambar yang kita ambik. Kitorang ni kalau bab bergambar memang memacam jenis pose keluar ingat ada masa untuk pilih gambar. So kitorang ambik je lah semua gambar yang ada. Kena lah bayar tak ingat la berapa tapi bayar jela. Dah la kitorang orang terakhir takde orang pun lepas tu, so kitorang cakap jap nak ambik gambar guna phone. Dapat la ambik sikit sebab lepastu kena halau. luls.








Hari pun dah petang, balik hotel rehat lepastu kita pergi shopping pulak!! Nak jenjalan dekat sepanjang Malioboro tu cari souvenir. Memula tu duk fikir alaa sikit je kot shopping ni taknak beli apa sangat pun haha sekaliiii tshirt la, beg la keychain la fridge magnet la semua nakk amboi. Lepas habis shopping, Jitho pick up kitorang dekat hotel nak bawak lepak makan. Dekat mana ntah jitho bawak area alun-alun kot tapi memang tempat lepak yang chill makan duk bersila. Tengah lepak, ada sorang budak perempuan dia tolong mak dia jual kerepek datang dekat ktorang. Dia kenal jitho jugaklah. Borak-borak dengan dia, dia kata dia suka sangat cerita Upin Ipin haha. Siap follow instagram tauuu. Lepas lepak dekat alun-alun tu suruh Jitho bawak jenjalan cari Sate Klathak(Kambing). Dia bawak la dekat satu kedai yang famous la kot sebab kalau google memang keluar Sate Klathak Pak Pong. Turun je kereta yaAllah bau kambing kuatnyaaaaaaa. Rasa sate ni ntah la boleh laa dap la jugak tapi tak suka sangat. 




Okay esok dah last day niii. Tapi trip kali ni tak emo la macam trip surabaya. Dulu trip surabaya sampai airport nangis huhu. Okay hari ke-5 diteruskan misi mencari dan membeli bakpia. Bakpia Pathok ni sejenis kuih macam kuih bulan la kot yang dalam dia ada pelbagai fillings macam coklat, nenas, durian, strawberry, macam macam lagi. Tapi yang original bakpia isinya adalah kacang hijau. Bakpia ni bagi Farah sedap dimakan panas panas. Sempat la ktorang pergi dapur tengok macam mana proses buat bakpia ni. Ramai betul pekerja diaaa.

Gambar ihsan dari google 



Selesai membeli belah bakpia, kitorang menuju ke Tamansari Water Castle. Time sampai tu tak bukak lagi so kena la tunggu jappp. Dah nama pun castle so yeah ni adalah istana raja zaman dahulu kala. Kitorang jalan la seluruh pelusuk ruang istana ni dari depan, bilik air,bilik tidur, wardrobe, dapur, kolam mandi semualahhhhh guide dekat tamansari tu bawak sambil cerita sejarah tempat ni. Macam biasalah kalau dengan sophie memey afey hah diorang punya level imaginasi setiap pelusuk tu ada je diorang imagine macam macam. Contoh dekat dapur, "Dekat sini mesti tempat diorang rewang, pastu masak dekat sini pastu hidang dekat sini" Luls. 









Perjalanan diteruskan ke Kebun Buah Mangunan. Datang sini ambik gambor jeee. Kalau siapa nak tengok sunrise, datanglah awal. Kitorang datang matahari dah tegak atas kepala. Dari atas tu kita akan dapat tengok pemandangan pengunungan sewu dan sungai oyo. Datang tengahari pun dah cantik apa lagi kalau time sunrise mesti cantikkk terox. Dekat situ jugak ada few kedai makan. Ktorang beli bebola daging kecik kecik sedappppppp!






Lepas tu kitorang pergi ke destinasi wisata terakhir dalam percutian kali ni iaitu Hutan Pinus. Tempat yang pokok tinggi tinggi tuuuu. Taktau kenapa tapi bagi Farah ni tempat yang paling best. Sebab tempat ni redup dan menenangkannn. Hihi. Dekat sini last kitorang jumpa Jitho pastu macam biasalah kalau ada jitho ni dia lah yang jadi photographer kitorang hihi :D Time dekat hutan pinus ni, Dewi tak ikut masuk sekali so kitorang takde photographer untuk tangkap gambar kitorang berempat. Nasib baik Jitho bawak tamu dia dekat sini waktu yang sama. 








Lepas habiskan masa yang begitu lama dekat sini kitorang pun akur yang bahawasanya percutian ini telah sampai kepenghujungnya. Sebelum ke airport singgah makan ayam penyet dulu makan bersama dewi dan supir kitorang buat kali terakhir dan belanja makan tanda terima kasih diatas segalanya selama 5 hari. 





OKAY BRO CUTI DAH HABIS BROOOOOO. Sekian saja percutian ke yogyakarta bersama teman teman gue. Sebenarnya banyak je lagi tempat menarik dekat jogja ni cuba tak berkesempatan untuk pergi. Mungkin lain kali kalau ada rezeki lebih dan masa yang banyak. Semoga kita ketemu lagi Yogyakarta ❤ Oh ye kitorang menggunakan khidmat tourguide dari tavel agency yang memang dari jogja sendiri iaitu Tripjavanesia. Korang boleh check it out diorang punya social media. 

Percutian ini dah lama dah wehhhhhh. Bulan 5 tahun 2017 tapi saja update dekat blog sebagai rujukan diri sendiri pada masa hadapan dan untuk anak cucu cicit baca :D

No comments:

Post a Comment